MEMELIHARA NIKMAT

"Kerana kebiasaan aman tenteram kaum Quraisy (penduduk Makkah) (laitu) kebiasaan aman tenteram perjalanan mereka (menjalankan perniagaan) pada musim sejuk (ke negeri Yaman), dan pada musim panas (ke negeri Syam), Maka hendaklah mereka menyembah Tuhan yang menguasai rumah (Kaabah) ini, Tuhan yang memberi mereka penghidupan: menyelamatkan mereka dari kelaparan, dan mengamankan mereka dari ketakutan." Ayat di atas adalah satu tempelak dari Allah SWT terhadap orang-orang Quraisy yang lupa diri lantas menentang Allah dan rasulNya serta tidak selesa dengan peraturan hidup Allah .Mereka lupa bahawa mereka terselamat dari dua perkara asas kehidupan ini iaitu bencana kelaparan walaupun bentuk muka bumi mereka yang kering kontang dan mereka terselamat dari diancam ketakutan serangan musuh walaupun mereka tidak mempunyai pasukan tentera yang digeruni.Keistimewaan ini mereka perolehi kerana rahmat Allah meletakkan mereka mendiami penempatan berhampiran dengan Kaabah yang mempunyai kedudukan di mata dunia ketika itu. Ayat di atas menekankan dua isu penting demi kebahagiaan kehidupan ini yang perlu diambil perhatian oleh semua pihak iaitu pertama perlunya keamanan dan ketenteraman dan yang kedua jauh dari kebuluran dan mudah mendapat makanan.

yang memberi mereka penghidupan: menyelamatkan mereka dari kelaparan, dan mengamankan mereka dari ketakutan.

Kedua-dua perkara ini perlu bergerak seiring .Apa gunanya makanan yang banyak tetapi hidup dihimpit ketakutan .Makanan yang lazatpun nescaya tidak akan menyelerakan kita.Begitu juga makanan yang sedikit dan sukar diperolehi akan menggugat keamanan masyarakat kerana akan berlaku rompakan ,kecurian penipuan dan sebagainya.
Demi pentingnya dua isu ini, Nabi Ibrahim a.s pernah berdoa kepada Allah SWT agar dianugerahkan kemananan dan cukup makan kepada tanah Mekah.Firman Allah SWT:

Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhanku! Jadikanlah (negeri Makkah) ini, negeri yang aman sentosa, dan berikanlah rezeki dari berbagai jenis buah-buahan kepada penduduknya,

Negara Malaysia yang kita cintai ini juga tidak terkecuali dari memakai formula kebahagian kehidupan ini iaitu perlu aman dan tidak berlaku kebuluran.Kita sebagai rakyat Malaysia perlu prihatin dalam kedua-dua isu yang ditekankan dalam Al Quran tadi.Tidak kiralah samada kita tergolong dalam kategori orang kaya atau miskin ,berpangkat atau tidak kerana jika berlaku kepincangan dalam sesuatu perkara , sengsaranya akan dirasai semua.

Sebagai rakyat yang prihatin soal keamanan Negara perlu melihat perkembangan mutakhir di Negara kita dengan penuh teliti.Keamanan sesebuah Negara perlu dipelihara sepanjang masa .Maka ditubuhkan beberapa agensi sebagai front line atau baris hadapan kepada rakyat untuk memastikan keamanan terjaga dan keadilan terbela.Antara institusi penting dalam merealisasikan agar keamanan dan keadilan terjaga dengan baik ialah institusi kehakiman untuk menjamin keadilan,institusi polis , badan pencegah rasuah , kastam , imigresen dan beberapa agensi yang lain.Maka mereka yang menganggotai barisan hadapan ini mestilah tidak terlibat dalam perkara-perkara yang mengundang keresahan rakyat .Masalah rasuah , ketidak telusan , salah guna kuasa , pecah amanah dan lain-lain kerenah maksiat dan mungkar serta anti undang-undang dan perlembagaan sepatutnya langsung tidak terkait dengan institusi-institusi ini.Marilah kita berdoa agar kita terselamat dari bencana kemanusiaan ini.Mari kita jangan member merit kepada mereka yang terlibat.

Isu kedua yang menjadi penekanan al quran ialah isu makanan yang mencukupi.Hari ini kita sekelian sebagai penduduk Negara yang sama-sama kita cintai ini sedang menghadapi isu kenaikan harga barangan keperluan harian dengan kadar yang agak meresahkan.Mungkin sebahagian kita tidak berapa terasa kerana Allah SWT melimpah ruahkan rezekinya kepada kita .Tetapi bayangkan orang-orang kampong yang tidak terlibat dalam kenaikan gaji seperti penjawat awam sebelum ini , tentunya bebanan mereka bertambah. Pekerja sektor awam pun rasanya tak akan tersenyum sebab tak ada makna ada kenaikan gaji kalau pada masa yg sama lebih banyak harga barang / perkhidmatan dinaikkan harga.
Golongan berpendapatan tinggi sudah tentu tidak akan merasai apa-apa. Kata orang tak surut pun duit.
Menurut teori 'Hierachy of Needs' oleh Marslow keperluan utama manusia adalah 'basic needs' yakni makanan, pakaian dan tempat tinggal.
Percayalah walaupun pelbagai pembangunan disogokkan tetapi rakyat biasa tidak akan ambil pusing sekiranya perkara2 asas berkenaan masih gagal dipenuhi.Yang untungnya orang-orang asing yang kaya .
Marilah kita bertindak menyelamatkan umat ini daripada ancaman dua perkara asas kehidupan ini iaitu ketakutan dan kebuluran dengan melkukan perkara-perkara berikut;-

PERTAMA:Mari kita kekalkan kemanan dan tidak berlaku kebuluran di negara kita dengan kita menjauhi kufur nikmat dengan kita mengekang kemaksiatan dan kemungkaran .Setiap pihak dalam peringkat individu , keluarga, masyarakat , pemimpin , penjawat awam serta swasta mestilah jijik kepada maksiat dan kemungkaran kerana ia adalah lambang kekufuran sedangkan kekufuran itu akan menghilangkan nikmat keamanan dan mudah mendapat makanan.Firman Allah SWT

Allah memberikan satu contoh: Sebuah negeri yang aman damai dan tenteram, yang didatangi rezekinya yang mewah dari tiap-tiap tempat, kemudian penduduknya kufur akan nikmat-nikmat Allah itu, maka Allah merasakannya kelaparan dan ketakutan yang meliputi keseluruhannya disebabkan apa yang mereka telah lakukan.

KEDUA: Elakkan gejala 'terlalu mewah' yang melanda golongan elitis khususnya yang diberi amanah oleh orang ramai dan rakyat sehingga telah mula 'lalai dan lupa' kpd agenda perjuangan sebenar tetapi terlebih 'rakus' dalam mengejar agenda peribadi bukan lagi agenda memartabatkan umat.Orang serupa ini cukuplah sekali peluang yang telah kita berikan tetapi tidak untuk kali keduanya.
KETIGA:Setiap pihak jangan merasa curiga apabila diajak kepada system hidup Islam ,jangan merasa malu untuk taubat kepada Allah akibat keterlanjuran pada masa lalu , jangan toleh ke kiri atau ke kanan untuk terrus mendekati Allah menerusi ketaatan kita kepadaNya dan menjauhi laranganNya.Firman Allah SWT:

Dan mereka berkata: "Kalau kami menyertaimu menurut petunjuk yang engkau bawa itu, nescaya kami dengan serta merta ditangkap dan diusir dari negeri kami". Mengapa mereka (berkata demikian)? Bukankah kami telah melindungi mereka dan menjadikan (negeri Makkah) tempat tinggal mereka sebagai tanah suci yang aman, yang dibawa kepadanya hasil tanaman dari segala jenis, sebagai rezeki pemberian dari sisi Kami? (Benar, Kami telah menjadikan semuanya itu), tetapi kebanyakan mereka tidak memikirkan perkara itu untuk mengetahuinya (serta bersyukur).

Comments

Popular posts from this blog

Kisah Si Tanggang

WANG HANTARAN

Islamnya Umar