Posts

Showing posts from 2009

Kisah Si Tanggang

Image
Ini baru sebuah keluarga ... ade dekat berpuluh2 ribu lagi anak yang tak kenang budi lagi dalam dunia ni. KASSIM (dua kiri) bersama Fatimah (kiri) dan ahli keluarga berbincang dengan peguam mereka di Mahkamah Tinggi Syariah Seremban, semalam. Diarah sara ibu bapa sepanjang hayat Pensyarah, suami juga mesti tunai lima tuntutan lain SEREMBAN: Mahkamah Tinggi Syariah di sini, semalam memerintahkan seorang pensyarah universiti yang berkelulusan ijazah doktor falsafah (PhD) dan suaminya memberi nafkah kepada ibu bapanya sepanjang hayat. Hakim Mohd Nadzri Abdul Rahman Ibrahim, juga memerintahkan Raja Suzana Kassim, 39, dan suaminya, Zulazli Hashim, 43, memenuhi lima tuntutan lain yang difailkan Kassim Othman, 74, dan isterinya, Fatimah Salleh, 66, iaitu membenarkan mereka sepanjang hayat tinggal di sebuah rumah di Kampung Jiboi Baru, Ampangan. Mahkamah turut memerintahkan pasangan warga emas itu diberi kebebasan bergerak dan melakukan aktiviti dalam rumah itu serta kawasan persekitaran; dibe

MASALAH LELAKI

Image
soalan : Islam mengangkat martabat wanita sebagai satu ciptaan yang istimewa dan berharga. Peranan wanita dalam keluarga dianggap sebagai tunjang dan aset paling berharga adalah wanita solehah. So dari segala aspek, wanita adalah setaraf dengan lelaki cuma apabila dia telah bersuami maka ketaatan itu jatuh 100% pada suami selagi suami tidak menyuruh kepada kemungkaran. Tapi sekarang walaupun wanita nampak mendahului lelaki dalam banyak perkara, peranan lelaki itu disifatkan lebih penting. Namun mengapa sesetengah lelaki tidak mengambil amanah ini sebagai pembimbing golongan wanita. Mengapa wanita dibiarkan mengharung gelora tanpa pimpinan sewajarnya??? jawapan : rasanya pebimbing yg di maksudkan ialah lelaki berstatus suami.. Q :mengapa sesetengah lelaki tidak mengambil amanah ini sebagai pembimbing golongan wanita. A :lelaki yg baik ilh lelaki yg mengambil amanah ini bila mereka dah bersedia.. mungkin mereka yg tak ambil amanah ni masih dalm proses persediaan.. persediaan bukan sekada

DIALOG DUA MALAIKAT

Rasulullah s.a.w telah bersabda, "Setiap anak Adam itu akan dijaga oleh dua malaikat, dan malaikat yang di sebelah kanan itu lebih berkuasa daripada yang di sebelah kiri." Kalau seseorang anak Adam itu membuat dosa maka malaikat yang di sebelah kiri akan bertanya kepada malaikat yang di sebelah kanan, "Apakah yang harus aku catat?" Maka berkata malaikat yang di sebelah kanan, "Jangan kamu catat dosanya sehingga ia melakukan lima dosa." Kemudian bertanya malaikat yang di sebelah kiri lagi, "Kalau dia telah melakukan lima dosa, apakah yang harus aku catatkan?" Berkata malaikat yang di sebelah kanan, "Biarkan sehingga dia membuat kebaikan, kerana kami telah diberitahu bahawa satu hasanat kebaikan dapat sepuluh kali ganda. Oleh itu, kita hapuskan lima sebagai imbangan daripada dosa yang lima dan kami catatkan hanya lima hasanat." Apabila syaitan mendengar perbualan tersebut maka syaitan pun menjerit sambil berkata, "Kalau macam ini bil

Manfaat lain. Cuka

SELAIN untuk menambah rasa asam dan menghilangkan bau amis, cuka juga punya manfaat lain. Cuka atau asam asetat ini dapat mengatasi berbagai masalah kebersihan rumah. Mulai dari shower mampet, lantai kusam, hingga membersihkan kerak botol. Cara menggunakannya pun sangat mudah. 1. Shower Mampet Air yang mengandung besi, tanah, atau pasir halus bisa menjadi biang keladinya. Untuk mengatasinya, siapkan 1 liter air panas, kemudian tuangkan satu cangkir cuka makan dan aduk. Rendam kepala shower dalam larutan tadi selama 10 menit. Angkat, lalu bersihkan. Teratasi sudah masalah shower mampet. 2. Blender Kotor Penggunaan blender biasanya meninggalkan noda. Terkadang noda tersebut sulit dihilangkan. Jika itu terjadi, gunakan campuran air, sabun cuci piring, dan cuka. Tuang campuran itu ke dalam blender dan nyalakan blender selama 30 detik. Buang campuran air tadi dan bilas dengan air hangat. 3. Lantai Kusam Lantai keramik yang berusia lebih dari lima tahun biasanya berubah menjadi kotor dan kus

Sejarah gamelan.

Bagi masyarakat Jawa khususnya, gamelan bukanlah sesuatu yang asing dalam kehidupan kesehariannya. Dengan kata lain, masyarakat tahu benar mana yang disebut gamelan atau seperangkat gamelan. Mereka telah mengenal istilah 'gamelan', 'karawitan', atau 'gangsa'. Namun barangkali rnasih banyak yang belum mengetahui bagaimana sejarah perkembangan gamelan itu sendiri, sejak kapan gamelan mulai ada di Jawa?. Seorang sarjana berkebangsaan Belanda bernama Dr. J.L.A. Brandes secara teoritis mengatakan bahwa jauh sebelum datangnya pengaruh budaya India, bangsa Jawa telah rnemiliki ketrampilan budaya atau pengetahuan yang mencakup 10 butir (Brandes, 1889): (1) wayang, (2) gamelan, (3)ilmu irama sanjak, (4) batik, (5) pengerjaan logam, (6) sistem mata uang sendiri, (7) ilmu teknologi pelayaran, (8) astronomi, (9) pertanian sawah, (10) birokrasi pemerintahan yang teratur Sepuluh butir ketrampilan budaya tersebut bukan dari pemberian bangsa Hindu dari India. Kalau teori itu be

Menjaga mulut.

Arwah guru saya pernah mengajarkan kepada saya dan ramai orang lain bahawa untuk menjaga sang suami sebenarnya amat mudah sekali iaitu: 1. Jaga mulut atasnya. Maksudnya jaga makan minumnya. 2. Jaga mulut bawahnya. Maksudnya jagalah kemahuan seksnya. 3. Jagalah minatnya. Maksudnya ialah belajarlah untuk menyukai dan mengongsikan minat suami. Insya-Allah kalau tiga perkara di atas dijaga rapi, memang mudah untuk menjinakkan suami. Perkara 1 di atas agak mudah. Kalau tak pandai masak ikan asam pedas kegemaran suami, boleh sahaja beli di kedai, tetapi kalau perkara 2 tidak dapat dipenuhi, tidak boleh digantikan orang lain atau beli di restoran melainkan ada madu lain. Menjaga mulut bawah suami adalah paling mahal antara 3 garis panduan asas membela suami. Suami yang tidak cukup makan mulut bawahnya ibarat kucing liar yang tidak cukup makan yang akan tercari-cari mangsa. Isteri yang cacat disebabkan tabiaat permakanan tidak akan dapat memberi cukup makan mulut bawah suami dan ini insy

WANG HANTARAN

Image
Cuti sekolah akhir tahun ramai yang mendirikan masjid. Semoga berkekalan hingga ke akhir hayat. Selalunya topik hangat kahwin ni, wang hantaran. Teringat seorang kawan yang pernah memberitahu saya bahawa cara orang kampung dia minta hantaran, ikut bilangan tiang rumah. ( rumah kat kampung dia semua bertiang). Kalau rumah yang besar, camana le tu ye... Sembang-sembang pasal hantaran: 1. Kalau hantaran yang diminta terlalu tinggi, apalah agaknya yang bakal berlaku dan bakal dikatakan oleh pihak lelaki? 2. Kalau pihak lelaki minta kurang sedikit, apa agaknya yang bakal berlaku dan bakal dikatakan oleh pihak perempuan?

http://www.israel-palestinenews.org/

Studies show that U.S. news coverage is consistently Israeli-centric. The main bureaus for CNN, Associated Press, etc. are located in Israel and largely staffed by Israelis. Because the U.S. gives Israel $7 million/day - more than to any other nation - we feel it is essential that we be fully informed on this region. Below are news reports to augment mainstream coverage. Source from http://www.israel-palestinenews.org/

umum

ATASAN LAUTAN Para ahli kelautan, setelah melalui kemajuan ilmu pengetahuan, telah dapat menyingkap adanya batas antara lautan. Mereka menemukan bahwa ada pemisah antara setiap lautan, pemisah itu bergerak di antara dua lautan dan dinamakan dengan front (jabhah) dianalogikan dengan front yang memisahkan antara dua pasukan. Dengan adanya pemisah ini setiap lautan memelihara karakteristiknya sehingga sesuai dengan makhluk hidup yang tinggal di lingkungan itu. Meskipun ada pemisah ini, dua lautan tetap bisa bercampur secara lambat yang membuat jumlah air laut yang menyeberang dari laut satu ke laut yang lain mendapatkan karakteristik lautan tempat air itu menuju, melalui pemisah yang bekerja mengaduk air yang lewat dari laut ke laut yang lain. Dengan demikian setiap lautan tetap memelihara karakteristiknya. Banyak tahapan yang telah dilalui ilmu pengetahuan manusia untuk mengetahui sifat-sifat air laut, di antaranya tentang batas-batas laut. Pada tahun 1873M/1283H para ilmuwan dari tim pe

akidah

Suatu ketika, Nabi Muhammad SAW mendapat pelajaran penting tentang makna iman, Islam, dan ikhsan dari Malaikat Jibril yang mendatangi beliau dengan menjelma menjadi manusia biasa. Secara berurutan, Nabi menjawab pertanyaan ujian Malaikat Jibril. Apa yang disebut iman? Nabi menjawab, ''Iman adalah engkau percaya kepada Allah, para malaikat, kitab-kitab Allah, percaya akan adanya perjumpaan dengan Allah, percaya kepada para rasul, dan percaya adanya hari kebangkitan.'' Apa yang disebut Islam? Nabi menjawab, ''Islam adalah engkau menghamba kepada Allah dan tidak menyekutukannya, melaksanakan shalat, mengeluarkan zakat, dan puasa di bulan Ramadhan.'' Apa arti ikhsan? ''Engkau beribadah kepada Allah dengan kondisi seolah-olah engkau melihatnya dengan mata. Jika tidak, yakinilah bahwa Allah sedang melihatmu,'' demikian jawab Nabi. (HR Bukhari dari Abu Hurairah). Iman, Islam, dan ikhsan adalah satu kesatuan komponen agama Islam yang tak terpisah

Hikayat Burung Cenderawasih

Sahibul hikayat telah diriwayatkan dalam Kitab Tajul Muluk, mengisahkan seekor burung yang bergelar burung cenderawasih. Adapun asal usulnya bermula dari kayangan. Menurut kebanyakan orang lama yang arif mengatakan ianya berasal dari syurga dan selalu berdamping dengan para wali. Memiliki kepala seperti kuning keemasan. Dengan empat sayap yang tiada taranya. Akan kelihatan sangat jelas sekiranya bersayap penuh adanya. Sesuatu yang sangat nyata perbezaannya adalah dua antena atau ekor ‘areil‘ yang panjang di ekor belakang. Barangsiapa yang melihatnya pastilah terpegun dan takjub akan keindahan dan kepelikan burung cenderawasih. Amatlah jarang sekali orang memiliki burung cenderawasih. Ini kerana burung ini bukanlah berasal dari bumi ini. Umum mengetahui bahawa burung Cenderawasih ini hanya dimiliki oleh kaum kerabat istana saja. Hatta mengikut sejarah, kebanyakan kerabat-kerabat istana Melayu mempunyai burung cenderawasih. Mayoritas para peniaga yang ditemui mengatakan ia membawa tuah y

Benua Yang Hilang - Atlantis

Tenggelamnya Benua Atlantis Pada bulan Mei 2001, seorang jurutera marin yang sedang menjalankan kajian sonar di perairan luar pesisir Cuba telah menemui apa yang kelihatan seperti peninggalan sebuah kota purba, 2000 kaki di bawah paras laut. Mampukah penemuan ini memecahkan misteri berkaitan Atlantis? Kajian masih sedang dijalankan secara tertutup dan di bawah kawalan ketat. Sebelum ini, penemuan struktur ganjil di luar pesisir Kepulauan Bimini turut menggemparkan dunia dan mencetuskan semula kehangatan legenda Atlantis. Struktur itu kelihatan seperti susunan batu yang membentuk satu tembok panjang. Walau bagaimanapun, ramai pakar geologi mengatakan struktur itu boleh terbentuk melalui proses semula jadi yang jarang-jarang berlaku. Namun, spekulasi masih berterusan Ini adalah beberapa petikan bersumberkan Internet yang masih menjadi koleksi saya. Semasa saya di sekolah rendah darjah 3, Ustaz saya, Ustaz Yassin (sedekahkan surah Al-Fatihah) pernah memberitahu bahawa bangsa yang lebih bi

Makam Tentera Terracotta

Makam kaisar Tiongkok, Qin Shi Huang, disebut-sebut sebagai salah satu penemuan arkeologi terbesar abad ke-20. Sejarah mencatat, Qin Shi Huang merupakan kaisar pertama Dinasti Qin yang memimpin Tiongkok diantara periode 221 SM – 210 SM. Salah satu karya monumentalnya selain penyempurnaan konstruksi bangunan Tembok Besar China ialah pembangunan makam agungnya sendiri. Berbeda dengan Fir’aun Mesir Kuno, Cheops (Khufu) yang memilih untuk membangun sebuah Piramida Agung di Giza sebagai tempat peristirahatan terakhirnya, Kaisar Qin Shi Huang lebih memilih menjadikan makamnya bak sebuah Istana dengan penjagaan ribuan patung prajuritnya. Makam sang kaisar memang begitu mempesona. Terdapat kurang lebih 8000 patung yang menggambarkan sosok para prajurit beserta kuda-kuda perang berdiri berjejer disepanjang makam. Yang lebih menarik lagi, semua patung-patung tersebut tidaklah sama antara satu dengan yang lainnya baik itu bentuk pakaian, mimik wajah, model rambut, hingga persenjataan yang mereka

Ingatkan hati

Wahai hati.. Segumpal darah yang tercipta Ku lihat dirimu semakin penuh titik noda Dimanakah perginya cahayamu? Dimanakah ketenanganmu? Lupakah pada syahadah? Atau terleka pada perkara lagha? Usah bertanya dan terus dihimpit rasa bersalah.. Sedang usaha dan istiqamah masih rapuh.. Niat dalam jiwa pun masih rebah.. Duhai Hati... Dimanakah janjimu? Dimanakah penawar zikirmu? Kau katakan kau akan patuh.. Kau katakan Nabi itu pesuruh... Lalu dimana takbirmu? Lalaikah pada dunia fana? Malukah sujud sebagai Hamba? Atau sanggup menempuh azab neraka? Jangan terus berbangga.. Nikmat nyawa sia-sia tanpa ibadah.. Tiap yang bernyawa pasti bernafas pada udara yang sama.. Kenapakah masih meragui Tuhan itu Esa? Kenapakah masih kaku pada Tuhan yang Maha Pemurah? Lihatlah dirimu yang masih diberi masa.. Lihatlah dirimu yang masih punya waktu.. Kenapa masih termangu? Sesungguhnya Allah Maha Pengampun Pada hamba yang hatinya rukun Selagi pintu taubat terbuka.. Ayuh bukakan hati pada Taubat Nasuha! Wahai

MEMELIHARA NIKMAT

"Kerana kebiasaan aman tenteram kaum Quraisy (penduduk Makkah) (laitu) kebiasaan aman tenteram perjalanan mereka (menjalankan perniagaan) pada musim sejuk (ke negeri Yaman), dan pada musim panas (ke negeri Syam), Maka hendaklah mereka menyembah Tuhan yang menguasai rumah (Kaabah) ini, Tuhan yang memberi mereka penghidupan: menyelamatkan mereka dari kelaparan, dan mengamankan mereka dari ketakutan." Ayat di atas adalah satu tempelak dari Allah SWT terhadap orang-orang Quraisy yang lupa diri lantas menentang Allah dan rasulNya serta tidak selesa dengan peraturan hidup Allah .Mereka lupa bahawa mereka terselamat dari dua perkara asas kehidupan ini iaitu bencana kelaparan walaupun bentuk muka bumi mereka yang kering kontang dan mereka terselamat dari diancam ketakutan serangan musuh walaupun mereka tidak mempunyai pasukan tentera yang digeruni.Keistimewaan ini mereka perolehi kerana rahmat Allah meletakkan mereka mendiami penempatan berhampiran dengan Kaabah yang mempunyai kedudu

Hadith-hadith Maudu', Dhaif dan Palsu menegenai Solat

Terdapat sebanyak 356 hadith-hadith maud', Dhaif dan Palsu mengenai solat. Adalah diharapkan agar kita lebih berhati-hati apabila ada yang menganjurkan sebarang hadith yang berkaitan dengan amalan solat. Sebagai contoh: Dari riwayat Muhammad bin Nasir, dari Jabir r.a. katanya: (Seorang lelaki berkata: Ya Rasulullah, sesungguhnya saya telah meninggalkan solat. Rasulullah bersabda: Qadhakanlah solat yang engkau telah tinggalkan. Orang itu bertanya: Bagaimanakah saya hendak mengqadhakannya? Rasulullah saw bersabda: Bersolatlah bagi tiap-tiap solatakan solat yang serupanya. Orang itu bertanya lagi: Sebelum atau sesudahnya? Rasulullah saw bersabda: Tidak bahkan sebelumnya). Mengikut Ibnu Jauzi hadith ini adalah hadith maudhu' kerana yang dituduh membuatnya adalah Abu Muhammad, Salmun bin Abdullah Az Zahid salah seorang yang membuat hadith palsu. Untuk membaca labih banyak lagi hadith-hadith yang palsu, rujuklah dari kitab yang berkaitan dengan Hadith Dhaif dan Maudhu'.

Rahsia SOLAT

Agar wajah selalu segar, berseri-seri dan cantik, cucilah minimal 5 kali sehari dengan air wudhu. Jangan langsung dikeringkan, biarkan menetes dan kering sendiri. Lalu ambillah sajadah, shalat, berdzikir, dan berdo'a. · Untuk menghilangkan stress, Cukup dengan memperbanyakkan solat. Ketika solat, kita mengerakkan seluruh tubuh. Lalu berkonsultasilah pada Allah SWT dengan dzikir dan do'a. · Untuk pelembab, agar awet muda, gunakanlah senyuman. Tidak hanya di bibir tapi juga di hati. Jangan lupa bisikkan 'kata kunci', 'Allahuma Kamma Hassanta Khalqii Fahassin Khuluqii' (Ya Allah sebagaimana engkau telah memperindah kejadianku, maka perindah pula ahlaqku). (HR Ahmad).- DOA TENGOK CERMIN · Untuk punya bibir cantik, bisikkan kalimat-kalimat Allah, tidak berbohong atau menyakiti hati orang lain, tidak menyombongkan diri atau takabur. · Agar tubuh langsing, mulus, diet yang teratur dengan berpuasa seminggu 2 kali, Isnin dan Khamis. Jika kuat, lebih bagus lagi puasa Nabi

Allahu Akbar.

TAKBIR ertinya dari sudut bahasa ialah 'memperbesarkan'. "Allah Akbar", pengertiannya selalu diterjemahkan menjadi "Allah Maha Besar". Memang, dalam bahasa Arab, 'akbar' bererti 'paling besar'. Tapi berapa ramai di kalangan kita yang faham apa maksud sebenar 'besar' dalam kalimah takbir ini? Apakah maksud BESAR di sini ialah saiznya? Tersergam gah dan tinggi? Oh, pastinya bukan...sebab jika ada yang beranggapan begitu, maknanya kita mengangap Allah mempunyai jasad (termasuk aliran mujassimah yang sesat). Maha Suci Allah daripada bersifat sedemikian. Aku tak nak konar jauh-jauh, sebab BESAR ini ialah istilah bahasa Melayu. Adakah perkataan besar ini hanya mempunyai satu pengertian saja? Anda pasti tahu, tentulah tidak. Kita terus pergi kepada contoh. Apa maksud "Orang Besar Negeri"? "Orang Besar Berempat Negeri XXXXX (ikut la Kedah ke, Pahang ke, mana-mana negeri la)"? "Guru Besar"? "Menteri Besar&quo

Apakah Sebenarnya Erti Khusyuk?

Kita selalu mendengar dan kadang-kadang kita bincang dan kita muzakarah tentang khusyuk. Umumnya orang kan mengaitkan khusyuk itu dengan sembahyang. Bila sahaja disebut khusyuk, terlintaslah di fikiran kita tentang penumpuan dan kehadiran hati dalam sembahyang. Justeru itu, ramai orang hanya mengusahakan khusyuk ketika hendak memulakan sembahyang khususnya semasa takbiratul ihram. Ketika itulah kita cuba dan beusaha untuk menumpukan perhatian dan menghadirkan diri dalam sembahyang dengan mengikuti dan memahami apa yang kita baca dan mengelak dari memikirkan perkara-perkara lain yang tidak bersangkut paut dengan sembahyang itu. Kefahaman khusyuk seperti ini telah tersimpang dari erti dan maksud khusyuk yang sebenarnya. Kerana salah faham inilah maka ramai orang tidak berjaya untuk mencapai khusyuk yang sebenarnya di dalam sembahyang walaupun telah bersembahyang selama berpuluh-puluh tahun. Mereka sangka telah khusyuk dalam sembahyang, tetapi kesan sembahyang terhadap diri, akhlak dan pe

10 Tanda Kekasih Cemburu Buta

Sikap cemburu memang ada baik dan buruknya di dalam sesebuah perhubungan cinta. Jika langsung tiada cemburu, pasti hubungan yang terjalin terasa hambar, tidak mencabar dan tidak berseri. Namun jika cemburu keterlaluan, hubungan yang terbina pula pastinya penuh dengan tekanan dan ketidakselesaan. Sebaiknya di dalam hubungan cinta, kamu dan pasangan perlu bijak menangani perasaan cemburu masing-masing. Jangan sampai dilabel sebagai kekasih yang terlalu cemburu buta oleh si dia. Lebih teruk jika rakan-rakan si dia juga tidak menyukai dengan sikapmu itu dan menjauhkan diri apabila kamu berada di samping mereka. Oleh itu, jangan sekali-kali menjadi hamba cemburu. Cuba teliti dan selidiki diri kamu, sama ada kamu mempunyai 10 tanda orang yang terlalu cemburu buta. Jika ada, segera kikisnya dan jadilah keksih yang prihatin, memahami dan bertolak ansur. 1. Emosi keterlaluan Setiap minit dan jam, si dia pasti menelefon anda tanpa rasa jemu. Malah, si dia akan marah sekiranya anda tidak menjawab

Buat Mu Ibu

Wanita adalah ciptaan Allah swt sama seperti lelaki. Kedatangan Islam telah meletakkan darjat wanita di tempat yang mulia. Tidak ada peradaban lain di dunia ini yang memperlihatkan kemuliaan wanita melainkan Islam. Penciptaan wanita bermula dari Hawa a.s. Beliau dicipta dari tulang selangka kiri Nabi Adam a.s. Kenapa diciptakan makhluk bernama wanita? Kerana lelaki akan kesunyian tanpa wanita seperti mana yang Nabi Adam alami ketika berseorangan di syurga dahulu. Dan di antara ayat-ayatNya (keterangan tentang kekuasaan dan rahmat Allah), bahawa Dia (Allah) menciptakan isteri-isteri kamu daripada diri kamu, untuk kamu, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dijadikanNya di antara kamu (suami-isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan (Ar-Rum:21) Wanita mempunyai peranan yang sama penting di dalam kehidupan di muka bumi ini. Di dalam al-Quran sendiri telah diturunkan surah yang khusus mengenai wanita iaitu surah An-Nisaa'. Malah ada kata-kata bijak pandai mengatak

Facebook PM.

KUALA LUMPUR 18 Nov. - Laman Facebook rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mendapat sambutan yang amat menggalakkan apabila 6,287 pengguna telah mendaftarkan diri sebagai peminat sehingga pukul 6 petang hari ini. Jumlah itu merupakan satu lonjakan yang amat besar berbanding 804 peminat yang dicatatkan kira-kira pukul 10 malam tadi. Lonjakan tersebut berlaku selepas para pengguna aplikasi rangkaian sosial itu mengetahui kewujudan laman Facebook rasmi Perdana Menteri apabila ia dilaporkan media massa termasuk Utusan Malaysia yang menjadikannya sebagai berita muka depan. Tinjauan di laman www.facebook.com/najibrazak mendapati pengguna yang mendaftarkan diri mereka terdiri daripada rakyat pelbagai bangsa sekali gus membuktikan populariti gagasan 1Malaysia yang diilhamkan Perdana Menteri. Ungkapan 1Malaysia juga menjadi mesej paling popular ditulis oleh para peminat Najib di 'dinding' (wall) laman Facebook berkenaan. Kekerapan mesej ditulis juga terlalu pantas dan ada k

Salam

Welcome