Kisah Si Tanggang


Ini baru sebuah keluarga ... ade dekat berpuluh2 ribu lagi anak
yang tak kenang budi lagi dalam dunia ni.


KASSIM (dua kiri) bersama Fatimah (kiri) dan ahli keluarga berbincang
dengan peguam mereka di Mahkamah Tinggi Syariah Seremban, semalam.


Diarah sara ibu bapa sepanjang hayat
Pensyarah, suami juga mesti tunai lima tuntutan lain

SEREMBAN: Mahkamah Tinggi Syariah di sini, semalam memerintahkan seorang
pensyarah universiti yang berkelulusan ijazah doktor falsafah (PhD) dan suaminya memberi nafkah kepada ibu bapanya sepanjang hayat.

Hakim Mohd Nadzri Abdul Rahman Ibrahim, juga memerintahkan Raja Suzana
Kassim, 39, dan suaminya, Zulazli Hashim, 43, memenuhi lima tuntutan lain yang difailkan Kassim Othman, 74, dan isterinya, Fatimah Salleh, 66, iaitu membenarkan mereka sepanjang hayat tinggal di sebuah rumah di Kampung Jiboi Baru, Ampangan.

Mahkamah turut memerintahkan pasangan warga emas itu diberi kebebasan bergerak dan melakukan aktiviti dalam rumah itu serta kawasan persekitaran; diberi kebebasan dilawati anak lain pada bila-bila masa sepanjang hayat; menghormati dan menjaga kebajikan mereka serta membiayai mereka mengerjakan haji.

"Saya juga memerintahkan defendan pertama membayar nafkah RM500 sebulan,
iaitu RM250 kepada plaintif pertama (Kassim) untuk membayar bil utiliti dan kos penyelenggaraan kawasan rumah serta RM250 kepada plaintif kedua (Fatimah) untuk kos perbelanjaan harian pada setiap akhir bulan sepanjang hayat mereka.

"Saya fikir bayaran nafkah itu mencukupi untuk pasangan warga emas seperti mereka kerana anak lain juga perlu bertanggungjawab menanggung mereka.
Perintah ini berkuat kuasa serta-merta," katanya dalam penghakiman ringkas kes itu.
Bagaimanapun, hanya Zulazli hadir ketika hakim membacakan keputusan itu. Raja Suzana, anak kelima daripada lapan beradik tidak hadir kerana mahkamah diberitahu peguamnya, Norzaini Nordin, bahawa anak guamnya terpaksa mengendalikan peperiksaan akhir semester penuntutnya.

Pada April 2007, Kassim dan Fatimah yang diwakili Haniff Hassan, memfailkan enam tuntutan termasuk nafkah sepanjang hayat daripada anak perempuan dan menantunya kerana didakwa memungkiri janji dan mengusir mereka dari rumah yang dipindah milik kepada anak dan menantunya itu.

Pada 1993, Raja Suzana serta Zulazli mendirikan rumah tangga dan pada 2002, Kassim memindah pemilikan tanah kepada defendan selepas mereka berjanji, antara lain menanggung nafkah plaintif selagi mereka hidup serta membenarkan kedua-dua plaintif tinggal di rumah itu.


Kisah Si Tanggang Moden

Januari 22, 2009 in Berita Harian
SEREMBAN: Seorang pensyarah universiti yang disaman ibu bapanya kerana tidak memberi nafkah kepada mereka memberitahu Mahkamah Tinggi Syariah, di sini semalam gajinya tidak cukup untuk menampung perbelanjaan bulanan keluarganya. Raja Suzana Kassim, 39, berkata gaji kasar RM4,400 sebulan tidak mencukupi untuk menampung semua perbelanjaan dan terpaksa ditampung pendapatan suaminya, Zulazli Hashim, 43.

Dia turut memberitahu mahkamah mengenai beberapa pinjaman bank, termasuk
pinjaman peribadi yang diambilnya, selain gaji diterimanya dibelanjakan untuk makanan, pakaian dan keperluan lain serta membayar insurans pendidikan anak.
Raja Suzana berkata demikian dalam perbicaraan untuk membuat taksiran
mengenai kemampuannya membayar nafkah sepanjang hayat kepada ibu dan
bapanya. Tahun lalu, Raja Suzana dan suami bersetuju memenuhi tuntutan ibu bapanya, terutama berkaitan nafkah sepanjang hayat dan membenarkan ibu bapanya mendiami rumah di Kampung Jiboi Baru yang sudah dijual kepada orang lain, tetapi disewakan semula dengan sewa dibayar Raja Suzana.

Pada April 2007, Raja Suzana dan Zulazli sebagai defendan pertama dan kedua menghadapi tuntutan daripada pesara, Kassim Othman, 72, dan isterinya, Fatimah Salleh, 64, kerana didakwa memungkiri janji dan mengusir mereka dari rumah yang dipindah milik kepada anak dan menantunya.

Dalam pernyataan tuntutan itu, Kassim menyatakan beliau dianugerahkan sebidang tanah di Kampung Jiboi Baru, Ampangan, pada Ogos 1971 serta mendirikan sebuah rumah dan membesarkan lapan anak, termasuk defendan pertama. Pada 1993 Raja Suzana serta Zulazli mendirikan rumah tangga dan pada 2002, Kassim memindah pemilikan tanah kepada defendan selepas mereka berjanji, antara lain menanggung nafkah plaintif selagi mereka hidup serta membenarkan kedua-dua plaintif tinggal
di rumah itu.

Bagaimanapun, defendan memungkiri janji dan mengabaikan kebajikan plaintif.
Pernyataan tuntutan turut menyatakan defendan pertama melakukan kekasaran
terhadap plaintif kedua menyebabkan dia cedera. Raja Suzana juga didakwa gagal, abai atau cuai untuk memenuhi janji selepas tanah itu dipindah milik dan gagal melaksanakan tanggungjawab menafkahi plaintif iaitu nafkah furu’.

Hakim kemudian menetapkan 24 Februari depan untuk membuat taksiran yang sama terhadap suaminya.
Bharian.com


PROFILE: Raja Suzana Raja Kasim

Raja Suzana Raja Kasim holds PhD in management from University Putra Malaysia. Her first degree was from the National University of Malaysia in the field of business and administration and MSc in Information Management from Universiti Teknologi MARA Malaysia. She had more than 15 years of working experience as administrators and had worked in a number of local and multinational firms. Raja Suzana is currently attached at the Faculty of Office Management and Technology, UiTM, Shah Alam, Selangor. She is now the Deputy Dean (Students and Alumni), and the Head of Research Management Unit for the Faculty of Office Management and Technology, University Teknologi MARA Malaysia. Her primary research interest relates to the business and management fields, knowledge management practices, issues and challenges, strategies and change management. She had published several manuals such as SPSS manual and methods for the Research Methods and Dissertation courses at graduate and undergraduate levels. She also conducts training the trainer in the
research methods, data analysis skills and thesis writing. Currently, she is a fellow researcher for the Academic Leadership of the Ministry of Higher Education Malaysia.

Comments

Popular posts from this blog

Allahu Akbar.