DIALOG DUA MALAIKAT

Rasulullah s.a.w telah bersabda, "Setiap anak Adam itu akan dijaga oleh dua malaikat, dan malaikat yang di sebelah kanan itu lebih berkuasa daripada yang di sebelah kiri."

Kalau seseorang anak Adam itu membuat dosa maka malaikat yang di sebelah kiri akan bertanya kepada malaikat yang di sebelah kanan, "Apakah yang harus aku catat?" Maka berkata malaikat yang di sebelah kanan, "Jangan kamu catat dosanya sehingga ia melakukan lima dosa."

Kemudian bertanya malaikat yang di sebelah kiri lagi, "Kalau dia telah melakukan lima dosa, apakah yang harus aku catatkan?" Berkata malaikat yang di sebelah kanan, "Biarkan sehingga dia membuat kebaikan, kerana kami telah diberitahu bahawa satu hasanat kebaikan dapat sepuluh kali ganda. Oleh itu, kita hapuskan lima sebagai imbangan daripada dosa yang lima dan kami catatkan hanya lima hasanat."

Apabila syaitan mendengar perbualan tersebut maka syaitan pun menjerit sambil berkata, "Kalau macam ini bilakah aku dapat menjerumuskan anak Adam?"

Comments

Popular posts from this blog

Kisah Si Tanggang

Allahu Akbar.

WANG HANTARAN