Posts

Showing posts from 2010

~~Doa~~

Image
BISMILLAHIRAHMANIRAHIM... Ya Allah, sebagai mana Engkau pernah menghantar burung² ababil untok menghancurkan tentera bergajah musrikin. maka kami memohon padamu Ya Allah, turunknlah bantuan mu kali ini kepada orang² Islam di Palestin, hancurkanlah rejim zionis sedahsyat dahsyatnya ..Amin Ya Robal Alamin

Islamnya Umar

Image
Umar radhiAllahu `anhu, selepas memeluk agama Islam, menjadi kebanggaan orang-orang Islam dan musuh ketat kafir-kafir musyrikin. Tetapi sebelum itu, dia sering menentang Nabi dan mengganggu orang-orang yang menganuti Islam. Dalam suatu mesyuarat orang-orang Quraish, pada suatu hari, mereka telah memutuskan hendak meminta salah seorang daripada mereka supaya membunuh Rasulullah. Umar telah tampil ke hadapan sebagai sukarelawan yang ingin mengusahakan pembunuhan itu. Tiap-tiap Quraish yang menghadiri mesyuarat itu berkata serentak: "Ya, engkaulah yang dapat melakukannya, Umar!" Dengan pedang yang bergantungan di lehernya, Umar pun mengarahkan langkah menuju ke tempat kediaman Nabi. Dalam perjalanannya, dia telah menemui Sa'ad bin Abi-Waqqas. Sa'ad: "Ke mana kau, Umar?" Umar: "Aku hendak pergi menamatkan riqayat hidup Muhammad." Sa'ad: "Kalau begitu Banu Hashim, Banu Zuhrah dan Banu Abdi Manaf akan membunuh kamu sebagai tindak balas." Um