Posts

Showing posts from December, 2009

Kisah Si Tanggang

Image
Ini baru sebuah keluarga ... ade dekat berpuluh2 ribu lagi anak yang tak kenang budi lagi dalam dunia ni. KASSIM (dua kiri) bersama Fatimah (kiri) dan ahli keluarga berbincang dengan peguam mereka di Mahkamah Tinggi Syariah Seremban, semalam. Diarah sara ibu bapa sepanjang hayat Pensyarah, suami juga mesti tunai lima tuntutan lain SEREMBAN: Mahkamah Tinggi Syariah di sini, semalam memerintahkan seorang pensyarah universiti yang berkelulusan ijazah doktor falsafah (PhD) dan suaminya memberi nafkah kepada ibu bapanya sepanjang hayat. Hakim Mohd Nadzri Abdul Rahman Ibrahim, juga memerintahkan Raja Suzana Kassim, 39, dan suaminya, Zulazli Hashim, 43, memenuhi lima tuntutan lain yang difailkan Kassim Othman, 74, dan isterinya, Fatimah Salleh, 66, iaitu membenarkan mereka sepanjang hayat tinggal di sebuah rumah di Kampung Jiboi Baru, Ampangan. Mahkamah turut memerintahkan pasangan warga emas itu diberi kebebasan bergerak dan melakukan aktiviti dalam rumah itu serta kawasan persekitaran; dibe

MASALAH LELAKI

Image
soalan : Islam mengangkat martabat wanita sebagai satu ciptaan yang istimewa dan berharga. Peranan wanita dalam keluarga dianggap sebagai tunjang dan aset paling berharga adalah wanita solehah. So dari segala aspek, wanita adalah setaraf dengan lelaki cuma apabila dia telah bersuami maka ketaatan itu jatuh 100% pada suami selagi suami tidak menyuruh kepada kemungkaran. Tapi sekarang walaupun wanita nampak mendahului lelaki dalam banyak perkara, peranan lelaki itu disifatkan lebih penting. Namun mengapa sesetengah lelaki tidak mengambil amanah ini sebagai pembimbing golongan wanita. Mengapa wanita dibiarkan mengharung gelora tanpa pimpinan sewajarnya??? jawapan : rasanya pebimbing yg di maksudkan ialah lelaki berstatus suami.. Q :mengapa sesetengah lelaki tidak mengambil amanah ini sebagai pembimbing golongan wanita. A :lelaki yg baik ilh lelaki yg mengambil amanah ini bila mereka dah bersedia.. mungkin mereka yg tak ambil amanah ni masih dalm proses persediaan.. persediaan bukan sekada

DIALOG DUA MALAIKAT

Rasulullah s.a.w telah bersabda, "Setiap anak Adam itu akan dijaga oleh dua malaikat, dan malaikat yang di sebelah kanan itu lebih berkuasa daripada yang di sebelah kiri." Kalau seseorang anak Adam itu membuat dosa maka malaikat yang di sebelah kiri akan bertanya kepada malaikat yang di sebelah kanan, "Apakah yang harus aku catat?" Maka berkata malaikat yang di sebelah kanan, "Jangan kamu catat dosanya sehingga ia melakukan lima dosa." Kemudian bertanya malaikat yang di sebelah kiri lagi, "Kalau dia telah melakukan lima dosa, apakah yang harus aku catatkan?" Berkata malaikat yang di sebelah kanan, "Biarkan sehingga dia membuat kebaikan, kerana kami telah diberitahu bahawa satu hasanat kebaikan dapat sepuluh kali ganda. Oleh itu, kita hapuskan lima sebagai imbangan daripada dosa yang lima dan kami catatkan hanya lima hasanat." Apabila syaitan mendengar perbualan tersebut maka syaitan pun menjerit sambil berkata, "Kalau macam ini bil